Monday, 6 March 2017

لفظ لا إله إلا الله

Kenapa guna huruf nafi لا pada lafaz لا إله إلا الله


Ketika mengungkapkan lafaz لا إله إلا الله yang merupakan kalimah tauhid, pernahkah terfikir kenapa digunakan penafian "Bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah". Kenapa tidak digunakan الله إله واحد. Ini kerana uslub (gaya bahasa) penafian itu lebih kuat dalam bahasa Arab berbanding uslub إثبات. Dalam lafaz tersebut, permulaan kata nafi لا yang bererti tiada itu merujuk alam ini bermula dengan tiada, dan yang ada hanyalah Allah. Allah ingin menafikan kepada hambanya, bahawa tiada wujudnya tuhan lain selain daripada Allah SWT. Sedangkan Allah boleh menyatakan Aku Tuhan Kamu Yang Esa. Tetapi sebaliknya, dimulakan dengan kata nafi لا terlebih dahulu kemudian didatangkan أداة الاستثناء iaitu إلا bermaksud kecuali. Biasanya kata nafi yang tidak diakhiri dengan إلا seperti dalam jumlah menunjukkan penafian itu sifatnya kekal. 

لا يأکل محمد  = Muhammad tidak makan

Dalam jumlah tersebut, perbuatan makan itu dinafikan dengan kata nafi لا , tetapi tiada pengunaan أداة الاستثناء selepas محمد. Bermakna Muhammad tidak makan buat masa sekarang. 

Penggunaan أداة الاستثناء bersama huruf nafi sebenarnya menguatkan lagi makna lafaz tersebut. Dalam lafaz لا إله إلا الله, perkataan yang ingin ditekankan pada lafaz tersebut ialah perkataan إله (Tuhan). Kemudian diletakkan huruf Nafi لا dan disempurnkan maknanya dengan -kecuali Allah - إلا الله.

Di sini, kita dapat buat kesimpulan bahawa kata nafi yang digunakan bersama أداة الاستثناء adalah bertujuan menguatkan kata nama selepas  أداة الاستثناء. Dan lafaz tersebut menambah keyakinan bahawa Tiada Tuhan kepada Adanya Tuhan iaitu Allah. Sebab itulah digunakan kata nafi pada إله.

Kita boleh tengok contoh lain dalam Firman Allah SWT:

((وما محمد إلا رسول ........)) Surah Ali Imran: 144 

Ertinya: " Dan bukanlah Muhammad itu  kecuali Rasulullah."

Kata nama yang ingin dikuatkan di sini adalah lafaz رسول الله. Nabi Muhammad SAW itu tidak lain tidak bukan hanyalah utusan Allah SWT. Ayat tersebut juga menggunakan kata nafi sebelum kata nama محمد iaitu ما , kemudian diakhiri dengan إلا رسول الله . 


Kita boleh menggunakan uslub tersebut dalam komunikasi harian ketika ingin menguatkan sesuatu makna pada perkatan yang dilafazkan mulailah dengan kata nafi لا @ما  dan إلا, in shaa Allah, lafaz kita bisa menarik pehatian pendengar.



Selamat Beramal
هيا بالعربية

No comments:

Post a Comment