Apa itu ism makrifah (اسم المعرفة) dan ism nakirah (اسم النكرة)?
Dalam bahasa Arab, terdapat 2 jenis ism iaitu makrifah dan nakirah. Apa yang dimaksudkan dengan ism makrifah? Makrifah adalah kalimah bahasa Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu, iaitu pengetahuan, ilmu makrifah ialah ilmu pengetahuan. Manakala Nakirah adalah lawan ism Makrifah iaitu kata nama yang tidak tahu. Apa yang tahu dan tidak tahu pada nama?! Contoh kalimah ism yang ada ال adalah ism makrifah, manakala ism yang tiada ال dipanggil ism nakirah. Jadi, ال dalam bahasa Arab memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesuatu kata nama dalam bahasa Arab.
Sebagai contoh,ُالبيت (rumah) adalah ism makrifah, dan jika ditiadakan ال , ism tadi telah bertukar kepada ism nakirah, iaitu ٌبَيْت. Perbezaan dari tanda bacaan ialah ism makrifah tidak dibaca dengan tanwin ( ٌ )ٍ( ٍ ) ( ً ), manakala ism nakirah dibaca dengan tanwin.
Dari segi makna pula, البيت dan بيت adalah berbeza. البيت telah bertukar menjadi kata nama khas, dan بيت adalah kata nama umum. Keistimewaan bahasa Arab semakin terserlah kerana penggunaan ال boleh memberi makna yang berbeza kepada sesuatu kalimah (perkataan). Dalam mengenalpasti sesuatu kata nama itu makrifah atau nakirah, apakah tujuan penggunaan ism makrifah dan nakirah. Selalunya, banyak nama yang kita gunakan untuk merujuk kepada nama-nama tertentu sahaja, dan ada nama yang kita gunakan untuk penggunaan umum.
Selain penggunaan ال untuk membezakan ism itu makrifah dan nakirah, terdapat pelbagai cara lain untuk menjadikan ism itu makrifah. Antara cara lain ialah dengan menambah beberapa kalimah di depan atau di belakang kata nama tersebut. Seperti dengan menambah kata ganti nama di hujung kalimah ism seperti بيتي (rumah saya), atau kata nama sandaran seperti بيت المقدس (Baitul Maqdis).
Kita juga boleh menerangkan makna ism nakirah dengan meletakkan اسم الإشارة (kata nama isyarat) seperti هذا بيت (rumah ini) atau اسم الموصول (kata nama hubung) seperti بيت الذي (rumah yang.....).
Kesinambungan dari contoh ism makrifah dan nakirah, saya ingin mengambil contoh dalam ayat al-Quran di dalam surah al-Fatihah pada 2 ayat yang terakhir iaitu ayat keenam dan ketujuh.
Jawapannya adalah pada ayat yang keenam, supaya kita ditunjuk oleh Allah kepada satu jalan sahaja iaitu jalan yang lurus. Manakala ayat yang ketujuh penggunaan الذين sebagai اسم الموصول untuk menerangkan ism nakirah (kata nama umum) kepada makna yang lebih spesifik iaitu di antara banyak-banyak jalan, jalan yang mana satu.... iaitu jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka yang terdahulu, dan bukan jalan yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan mereka yang sesat.
Contoh lain dalam ayat al-Quran ialah pada ayat:
((اهدنا الصراط المستقيم)).
((صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين)).
Kalimah الصراط adalah ism makrifah, tetapi pada ayat seterusnya صراط adalah ism nakirah. Tetapi kenapa digunakan ism makrifah dan ism nakirah pada kalimah yang sama (صراط).Jawapannya adalah pada ayat yang keenam, supaya kita ditunjuk oleh Allah kepada satu jalan sahaja iaitu jalan yang lurus. Manakala ayat yang ketujuh penggunaan الذين sebagai اسم الموصول untuk menerangkan ism nakirah (kata nama umum) kepada makna yang lebih spesifik iaitu di antara banyak-banyak jalan, jalan yang mana satu.... iaitu jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka yang terdahulu, dan bukan jalan yang Engkau murkai ke atas mereka dan bukan jalan mereka yang sesat.
Contoh lain dalam ayat al-Quran ialah pada ayat:
فإن مع العسر يسرا. إن مع العسر يسرا (سورة الإنشراح :5-6)
Di sini, kita dapat lihat pada kalimah العسر, Allah menggunakan ism makrifah, berbanding pada kalimah يسرا , Allah menggunakan ism nakirah. Apa perbezaan pada kesusahan (العسر ) yg menjadi ism makrifah,dan apa yang ada pada kesenangan (يسرا) yang menjadi ism nakirah. Di sini, Allah ingin menunjukkan selepas adanya kesusahan yang ditentukan (spesifik), akan bersama-samanya kesenangan yang tidak terkira (tidak spesifik). Kemudian, ayat yang sama diulang sebanyak 2 kali, menyatakan khabar ini benar, iaitu sesungguhnya bersama kesusahan, ada kesenangan.
☺
هيا بالعربية
هيا بالعربية
No comments:
Post a Comment